HIDUP KESELAMATAN Khabar Seorang Sahabat Daripada Muhammad I kepada Zairulfikri II “I have no regrets. I have spent my life, so much of it, building up this country. There’s nothing more that I need to do. At the end of the day, what have I got? A successful Singapore. What have I given up? My life.” — Lee Kuan Yew Kata-kata Lee Kuan Yew dan renungan Zairulfikri II. Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Para Pembaca Zang Sefikra Apa khabar? Saya berdoa semoga saudara/saudari dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah, dikurniakan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Sudah lama saya tidak bertanya khabar sesetengah sahabat. Ada yang mengenali saya sejak sekolah, universiti, kerjaya, perniagaan, masjid atau pada suatu persimpangan hidup yang mungkin sudah lama kita tinggalkan. Mungkin saudara/saudari pernah mengenali versi diri saya yang berbeza-beza. Karangan ini ialah usaha untuk menceritakan bagaimana semua versi tersebut sampai ke har...
Bertenang, bertenang, dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa yang sesuai