Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Posts

Showing posts from 2022

Kosong

Kosong. Itulah yang sedang aku alami saat ini. Walau sebanyak mana rakaat solat sunat, Walau sebanyak mana istighfar dan selawat,  Kekosongan masih setia menghantui, mengacau ruang jiwa dalam diri ini. Bangun pagi dalam keadaan yang lesu dan mandom.   Malah kadang-kala aku tidak mahu bangun pagi pun -- mahu meneruskan tidur. Entah kenapa, semangat yang berkobar-kobar, bahkan apa yang kini aku fikirkan terlalu pelik dan melampau -- lenyap begitu sahaja -- dan aku ini ibarat robot -- tiada perasaan, tiada rasa, dan kosong. Fungsi - aku merasakan aku tidak berfungsi dengan sebenar-benarnya.  Ibarat pen yang tidak digunakan untuk menulis. Ibarat buku tulis yang terbiar kosong. Ibarat blog yang langsung tak pernah dikemas-kini. Ibarat kereta yang tidak bergerak, membawa tuannya ke tempat yang ingin dituju - bahkan kini - aku tidak tahu ke manakah hala tuju hidup ini. Tiada sebarang usaha luar biasa dizahirkan. Kerana semangat untuk menzahirkan usaha itu tidak ada. Bahkan tidak...