"Lebih banyak kesengsaraan, lebih banyak kebahagiaan" Kata-kata di atas ini kelihatan benar. Jika difikirkan dengan mendalam, realiti hidup ini tiada yang membahagiakan melainkan sedikit sahaja. Selebihnya itu, hampir semua elemen kehidupan, tidak kira bekerja mencari wang, perhubungan sesama manusia, hatta untuk makan dan minum sekalipun walaupun dalam keadaan yang mampu, memerlukan daya usaha dan daya usaha itu jika tanpa jiwa ialah sengsara. Jiwa itu pula tidak boleh dipaksa-paksa, malah ia pun perlu diusahakan, dan proses itu juga sengsara. Berusaha dengan jiwa itu rezeki bagi mereka yang memilikinya, namun mungkin tidak semua yang menikmatinya. Dan yang menikmatinya (atau kelihatan menikmatinya) juga sebenarnya jika difikirkan mendalam, entah-entah perlu melalui episod berusaha tanpa jiwa yang memeritkan. Ya itulah dia. Kesengsaraan itu ialah kehidupan. Bahkan, kehidupan bermula dengan kesengsaraan. Masakan tidak, bayi apabila lahir dia terus menangis. Menangis itu simb...
Bertenang, bertenang, dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa yang sesuai