Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Posts

Showing posts from January, 2024

Pembebasan

Semasa makan malam tadi, usai solat Isyak berjemaah di Masjid, terilham kepadaku kaedah untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa. Sebelum aku menzahirkan apakah yang telah terilham, aku ingin membicarakan soal atau frasa kata 'membebaskan'. 'Membebaskan' ialah suatu kata kerja yang cukup berat. Hanya mampu dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar mahu ia dibebaskan daripada sesuatu yang mereka tidak suka. 'Membebaskan' memerlukan suatu daya usaha yang gigih. 'Membebaskan' memerlukan suatu passion yang amat jitu. 'Membebaskan' memerlukan keringat dan impiannya perlu menjadi hala tuju seluruh perlakuan kehidupan. Asal muasal lahirnya ilham aku itu ialah, usai Isyak tadi, aku dengar imam berdoa 'Ya Allah, bebaskanlah Masjid Al-Aqsa". Namun hati aku berbicara tatkala doa itu diungkapkan - bahawa Allah tidak akan membebaskan Masjid Al-Aqsa sehinggalah kita memulakan usaha secara jitu, secara padu, secara kolektif, secara bersekutu untuk membebaskann...