Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Posts

Showing posts from 2017

Ujian

Setiap orang diuji, dan aku tidak terkecuali. Moga aku dapat mengharungi semua ini.

Rindu

Hari ini hari kedua aku mengajar kelas 4 IS. Namun aku berasa rindu dengan anak-anak muridku dari 1IK. Setengah tahun aku mengajar mereka. Namun sehari sebelum cuti raya, PK1 memanggilku ke pejabat lalu berkata "Minggu depan, lepas cuti raya, salah seorang kakitangan guru kita akan berhenti. Oleh itu kamu diminta mengajar kelasnya, 4 IS. Kelas 1 IK akan digabungkan dengan 1 IS." Aku terkedu. Aku tak sempat nak beri ucapan terakhir. Dan kini, aku bertugas di 4 IS. Apa yang membuatkan aku terharu hari ini, ada dalam kalangan anak muridku dari 1 IK menyerbu masuk ke kelas 4 IS semata mata mahu bersalam dengan aku usai amali solat. Oh ya, kelas 4 IS bersebelahan dengan surau. Aku tanya pada salah seorang "Seronok tak belajar kat 1 IS?" Jawab dia "Tak. Nak ustaz" Hahah. Aku jarang marah dalam kelas. Mereka masih kecil. Masih tak tahu apa. Ketika ada yang menangis sekiranya dibuli atau diejek, aku berlutut, dan peluk mereka, dan menenangkannya. Ak...

Mengalir.

Sudah dua bulan lebih kepulangannya. Namun hari ini, bila terkenang kembali, secara spontan, air mata ini mengalir. Setitik. Dua titik. Tiga titik. Empat titik. Akhrinya air mataku membasahi bantal dan cadar katil. Segalanya bermula apabila salah seorang rakanku memuat naik gambar seekor kucing sedang duduk di atasnya dalam satu Whatsapp Group. Lalu aku pun berasa ingin berkongsi juga akan hal yang membawa tema yang sama - kucing, dan ingatanku tertumpu ke arah kenangan bersama Anyet. Maka aku berusaha memindahkan fail dari komputer riba ke telefonku, lalu aku berkongsikan video Anyet sedang bermain dengan sejadahku. Setelah berkongsi, aku perasan, sudah lama tak menonton gelagatnya. Aku tonton sekali. Kemudian, tonton sekali lagi. Dan tonton sekali lagi. Berulang-ulang kali. Melihat gelagatnya mengacau aku usai solat dengan menjadikan sejadahku sebagai permainannya. Kemudian, aku tutup telefon, dan berbaring secara meniarap, lalu menutup mata. Fikiranku terus menerus mengi...

Jadi?

Alhamdulillah, masih lagi diberikan ruang dan peluang oleh Pencipta untuk terus berikhtiar dan berusaha atas muka buminya ini. Selaku roh yang sedang mengemudi satu jasad manusia yang telah ditakdirkan Allah hidup pada zaman moden ini, aku mengakui, aku hanya boleh berusaha. Hasil, mudarat dan manfaat, semua itu hanyalah dari Dia. Aku tak boleh bagi mudarat, apatah lagi manfaat, kepada diri aku sendiri, hatta kepada insan lain. Surah Al-Araf, ayat 188: قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menola...

Kenapa rindu?

Muassis: [Apabila Zaman Jahiliah Datang Lagi...] وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَنْ نَصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ مِنْ بَقْلِهَا وَقِثَّائ...

Rezeki

8 Mei 2246 Aku baru lepas balik dari Puchong, Selangor, setelah menemani sahabat aku hantar pomade dia kepada salah seorang pelanggan dia yang bekerja di Kinrara. Masa dalam perjalanan balik, kami singgah sebentar di Masjid Hasanah, Bangi setelah bersetuju nak ambil kunci premis Profazz daripada seorang ustazah untuk kelas hujung minggu ini. Kemudian aku dan sahabat aku berasa agak lapar lalu kami singgah makan sebentar di sebuah kedai mamak. Lepas habis makan, sahabat aku ini hendak bayarlah harga makanan yang kami makan. Nak belanja katanya. Rupa-rupanya, makanan kami telah dibayar oleh seseorang yang tidak kami dikenali. Hmm. Kami berasa terkejut buat seketika. Siapa pula yang murah hati sangat ni. Jadi kami pun terus mendoakan insan yang murah hati itu agar dibukakan pintu rezeki buatnya, dijauhkan daripada malapetaka dan seterusnya diredhai Allah. Kata abang mamak tu, insan yang murah hati tu yang duduk di sebelah meja kami. Kami hairan sebentar. Rasanya mana ada orang du...

Masih

8 Mei 2017 4.55 pagi Hari ini aku tak tidur. Sibuk mengaudit kewangan aku lepas Isyak tadi, kemudian sambung kemas bilik aku untuk kesekian kalinya. Keasyikan mengemas bilik, sorting out all the rubbish and differentiating the important ones and the non important ones makes me feel quite energetic, and sometimes feeling melancholy inside. Eh tercakap bahasa Inggeris pulak. Selama aku kemas bilik ni, aku perasan, aku ada masalah, dan masalah ni semenjak aku kecik lagi. Nak tahu masalah aku apa? Masalahnya, aku suka simpan sampah sarap, yang bagi aku bukan sampah sarap. Kemaslah macam mana bilik pun, kalau ada sampah-sampah yang aku rasa "eh tak payahlah buang, boleh guna kot nanti",  aku akan simpan dan simpan dan simpan, akhirnya ia makin berlambak dalam laci-laci. Haihhh Entah kenapa kepala dan cara pemikiran aku ni untuk bab ini asyik berpendapat bahawa sampah-sampah ni aku boleh recylce SATU HARI nanti yang entah bila satu hari tu. Contoh sampah sarapnya macam pla...