Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Jadi?

Alhamdulillah, masih lagi diberikan ruang dan peluang oleh Pencipta untuk terus berikhtiar dan berusaha atas muka buminya ini.

Selaku roh yang sedang mengemudi satu jasad manusia yang telah ditakdirkan Allah hidup pada zaman moden ini, aku mengakui, aku hanya boleh berusaha.

Hasil, mudarat dan manfaat, semua itu hanyalah dari Dia. Aku tak boleh bagi mudarat, apatah lagi manfaat, kepada diri aku sendiri, hatta kepada insan lain.

Surah Al-Araf, ayat 188:

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Soalnya di sini, adakah aku sudah cukup berusaha sehingga Allah berkenan mengurniakan manfaat yang dikehendaki hasil dari usaha yang dikerjakan itu?

Dan adakah usaha yang diikhtiarkan itu dilaksanakan dengan proses yang benar?

Sungguh, aku mahukan hasil yang baik. Namun hasil yang baik hanya akan diperoleh sekiranya prosesnya betul.

Dan proses yang betul itulah yang seharusnya diperjuangkan dalam kehidupan ini. Bukannya hasil.

Aku berharap, 10 Ramadhan terakhir ini akan diusahakan dengan sebaik mungkin. Aku perlu ambil iktibar dari Ramadan tahun lalu, dan tahun-tahun sebelumnya yang banyak aku sia-siakan. Muhasabah.

Namun setakat ini, alhamdulillah, Ramadan ini, aku hampir menghafal 1 juzuk Al-Quran dan beberapa hadis baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam.

Semoga aku keluar daripada Universiti Ramadan, dengan lebih banyak ayat dari langit di dalam dada, dan kalam manusia terbaik di dalam minda, jiwa, dan raga, agar aku terus gagah berusaha.

Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

I'rab, Apa Khabar?

Alhamdulillah, Allah, Tuhan Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mengetahui telah mengizinkan hambaNya yang fakir ini untuk kembali mengulangkaji bahasa Arab dengan aktiviti I'rab terhadap sebahagian ayat awal satu karangan yang telah hamba yang fakir ini diizinkan untuk hafal pada 29 Muharram 1448H yang lepas. Ayat yang telah di-i'rab hari ini ialah: في العطلة المدرسية الماضية Dari empat perkataan ini sahaja, Allah izinkan insan yang dahulunya tidak disebut ini (Ruj: Surah al-Insaan ayat 1), untuk kembali memahami, mudah-mudahan, seperti berikut: - Huruf Jar - Ism Majrur - Naat Hakiki dan Naat Sababi - Mafa'il - Asmaul Khomsah Melihat sinar faham sudah kembali menjengah qalbu, timbullah perasaanku yang amatlah seronok disulam rasa syukur pada-Nya Yang Maha Membuka. Perasaannya ibarat kembali bertemu dengan sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka. Dan alhamdulillah, hari ini, dengan bantuan ChatGPT, berusahalah sang fakir ini mendalami hal-hal yang disebut itu. Segala Puj...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...