Oleh Rusydee Artz, ditulis olehnya pada 11 Rabiul Akhir 1433H. Disiarkan di sini bersempena orakan langkah diri menuju era baharu pendidikan - Pensijilan Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA), Asal muasal penemuan artikel di bawah: Carian Google oleh diri "sehingga hati berasa tenang dan senang dengan seseorang, aku akan kekal membujang" untuk menyelidik adakah ini kalam yang benar. Titipan khas untuk mereka yang masih tiada pasangan atau dengan kata ringkasnya masih solo, mencari-cari lagi, tak kahwin lagi. Ini bukan entri yang mengajak supaya tidak kahwin dan terus membujang, tidak sama sekali. Tapi nukilan ni adalah untuk menindan lantas menghapus rasa sunyi, rasa keseorangan yang kadang-kadang hadir menjengah diri yang tidak berteman. Lihat yang lain kahwin, rasa nak kahwin. Tapi diri sendiri masih belum cukup persediaan. Jadi, entri ini direka khas untuk yang belum cukup persediaan. Termasuk juga saya sendiri. Rasa sunyi? Rasa sendiri? Keseorangan? Rasa mahu berteman ta...
Bertenang, bertenang, dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa yang sesuai