Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Posts

Showing posts from 2025

Become the Message before Delivering It

We all have messages to share across to people. In any form and style. Via any modern and traditonal medium. As today I begin to do what is right. And I stopped waiting for the feeling to be right in order to do what is right. Upon that, I think to share the progress of the above to the people via various medias. But then I reflect the Quran Arise and Pray at Night (Surah 73) before Arise and Warn (Surah 74) Hence, thereforth, Pray. Reflect. Build. Strength first. Then speak. Make 73 strong, then 74. Become the Message first. Start now. Regardsless the feeling

Itulah Tu

 "Lebih banyak kesengsaraan, lebih banyak kebahagiaan" Kata-kata di atas ini kelihatan benar. Jika difikirkan dengan mendalam, realiti hidup ini tiada yang membahagiakan melainkan sedikit sahaja. Selebihnya itu, hampir semua elemen kehidupan, tidak kira bekerja mencari wang, perhubungan sesama manusia, hatta untuk makan dan minum sekalipun walaupun dalam keadaan yang mampu, memerlukan daya usaha dan daya usaha itu jika tanpa jiwa ialah sengsara. Jiwa itu pula tidak boleh dipaksa-paksa, malah ia pun perlu diusahakan, dan proses itu juga sengsara. Berusaha dengan jiwa itu rezeki bagi mereka yang memilikinya, namun mungkin tidak semua yang menikmatinya. Dan yang menikmatinya (atau kelihatan menikmatinya) juga sebenarnya jika difikirkan mendalam, entah-entah perlu melalui episod berusaha tanpa jiwa yang memeritkan. Ya itulah dia. Kesengsaraan itu ialah kehidupan. Bahkan, kehidupan bermula dengan kesengsaraan. Masakan tidak, bayi apabila lahir dia terus menangis. Menangis itu simb...

Matahari

 Apabila matahari menyinari bumi, dan reseptor mata menangkap cahaya matahari, Cahaya yang sampai itu ialah cahaya yang telah dipancarkan oleh matahari kira-kira lapan minit yang lalu, Sungguh ajaib. Cahaya yang lewat sampai lapan minit itu, pada pemerhatian pelihat, cahaya itu ialah cahaya pada waktu itu. Padahal ia adalah cahaya lapan minit yang lalu, Cahaya 8 minit yang lewat itu ialah cahaya yang telah menghidupkan, dengan izin-Nya, seluruh alam ini dan memastikan rantaian makanan tetap ada, Bahkan ada yang pernah mengatakan, sekiranya matahari tiba-tiba hilang dari sistem suria, kita memerlukan lapan minit untuk kita sedar bahawa matahari itu telah hilang. Tetapi adakah kita akan memerlukan lapan minit itu untuk menyedari kehilangan matahari itu? Jika difikirkan, bumi akan melayang-layang keluar dari garisan akibat sudah tiada tarikan graviti matahari dan akan menyebabkan dunia kita punah. Mungkin. Hanya suatu sangkaan. Perlu penelitian mendalam. Apa yang aku cuba nak sampaika...