Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Itulah Tu

 "Lebih banyak kesengsaraan, lebih banyak kebahagiaan"

Kata-kata di atas ini kelihatan benar.

Jika difikirkan dengan mendalam, realiti hidup ini tiada yang membahagiakan melainkan sedikit sahaja.

Selebihnya itu, hampir semua elemen kehidupan, tidak kira bekerja mencari wang, perhubungan sesama manusia, hatta untuk makan dan minum sekalipun walaupun dalam keadaan yang mampu, memerlukan daya usaha dan daya usaha itu jika tanpa jiwa ialah sengsara.

Jiwa itu pula tidak boleh dipaksa-paksa, malah ia pun perlu diusahakan, dan proses itu juga sengsara.

Berusaha dengan jiwa itu rezeki bagi mereka yang memilikinya, namun mungkin tidak semua yang menikmatinya.

Dan yang menikmatinya (atau kelihatan menikmatinya) juga sebenarnya jika difikirkan mendalam, entah-entah perlu melalui episod berusaha tanpa jiwa yang memeritkan.

Ya itulah dia.

Kesengsaraan itu ialah kehidupan.

Bahkan, kehidupan bermula dengan kesengsaraan. Masakan tidak, bayi apabila lahir dia terus menangis.

Menangis itu simbol sengsara.

Dan benarlah, tiada siapa yang mengecapi atau kelihatan mengecapi hal-hal yang hebat dan dahsyat, bahagia dan berjaya, tanpa melalui jalan sengsara.

Presiden Donald Trump yang berjaya menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua pada saat ini, melalui jalan sengsara -- dicemuh para media berhaluan kiri, hampir-hampir ditembak di telinga, dimomok dan diperli.

Namun dia jalan terus. Dan memenangi pilihanraya. Dan akhirnya berjaya.

Namun setelah itu, dia perlu melalui jalan sengsara yang baharu pula -- jalan sengsara seorang Presiden

Berhadapan dengan Kongres, rakyat yang pelbagai tuntutan, karenah birokrasi, rencam geopolitik antarabangsa, perubahan iklim dan pelbagai lagi

Sengsara itu tidak akan tamat.

Sehinggalah seseorang itu menghembuskan nafas terakhir.

Penutup kalam,

Hidup ini sengsara.

Semua jalan yang terbentang itu sengsara.

Apa-apa pilihan pun membawa sengsara.

Sengsara itu kehidupan.

Kehidupan itu sengsara.

Tak boleh nak buat apa. Cuma,...

Akuinya. 

Cabarinya. 

Ikhlaskan-ikasinya.

Sampai meninggal dunia.

Semoga sengsara yang benar membawa kebahagiaan yang infiniti, suatu hari nanti.

Dan semoga sengsara yang salah itu dibetulkan, dan dibawa ke sengsara yang benar.

Dengan izin, petunjuk dan taufik daripada Allah.




Logo Umur ke-28

Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

I'rab, Apa Khabar?

Alhamdulillah, Allah, Tuhan Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mengetahui telah mengizinkan hambaNya yang fakir ini untuk kembali mengulangkaji bahasa Arab dengan aktiviti I'rab terhadap sebahagian ayat awal satu karangan yang telah hamba yang fakir ini diizinkan untuk hafal pada 29 Muharram 1448H yang lepas. Ayat yang telah di-i'rab hari ini ialah: في العطلة المدرسية الماضية Dari empat perkataan ini sahaja, Allah izinkan insan yang dahulunya tidak disebut ini (Ruj: Surah al-Insaan ayat 1), untuk kembali memahami, mudah-mudahan, seperti berikut: - Huruf Jar - Ism Majrur - Naat Hakiki dan Naat Sababi - Mafa'il - Asmaul Khomsah Melihat sinar faham sudah kembali menjengah qalbu, timbullah perasaanku yang amatlah seronok disulam rasa syukur pada-Nya Yang Maha Membuka. Perasaannya ibarat kembali bertemu dengan sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka. Dan alhamdulillah, hari ini, dengan bantuan ChatGPT, berusahalah sang fakir ini mendalami hal-hal yang disebut itu. Segala Puj...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...