Hari ini hari kedua aku mengajar kelas 4 IS. Namun aku berasa rindu dengan anak-anak muridku dari 1IK. Setengah tahun aku mengajar mereka. Namun sehari sebelum cuti raya, PK1 memanggilku ke pejabat lalu berkata "Minggu depan, lepas cuti raya, salah seorang kakitangan guru kita akan berhenti. Oleh itu kamu diminta mengajar kelasnya, 4 IS. Kelas 1 IK akan digabungkan dengan 1 IS." Aku terkedu. Aku tak sempat nak beri ucapan terakhir. Dan kini, aku bertugas di 4 IS. Apa yang membuatkan aku terharu hari ini, ada dalam kalangan anak muridku dari 1 IK menyerbu masuk ke kelas 4 IS semata mata mahu bersalam dengan aku usai amali solat. Oh ya, kelas 4 IS bersebelahan dengan surau. Aku tanya pada salah seorang "Seronok tak belajar kat 1 IS?" Jawab dia "Tak. Nak ustaz" Hahah. Aku jarang marah dalam kelas. Mereka masih kecil. Masih tak tahu apa. Ketika ada yang menangis sekiranya dibuli atau diejek, aku berlutut, dan peluk mereka, dan menenangkannya. Ak...