Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Rindu

Hari ini hari kedua aku mengajar kelas 4 IS. Namun aku berasa rindu dengan anak-anak muridku dari 1IK. Setengah tahun aku mengajar mereka.

Namun sehari sebelum cuti raya, PK1 memanggilku ke pejabat lalu berkata

"Minggu depan, lepas cuti raya, salah seorang kakitangan guru kita akan berhenti. Oleh itu kamu diminta mengajar kelasnya, 4 IS. Kelas 1 IK akan digabungkan dengan 1 IS."

Aku terkedu.

Aku tak sempat nak beri ucapan terakhir.

Dan kini, aku bertugas di 4 IS.

Apa yang membuatkan aku terharu hari ini, ada dalam kalangan anak muridku dari 1 IK menyerbu masuk ke kelas 4 IS semata mata mahu bersalam dengan aku usai amali solat.

Oh ya, kelas 4 IS bersebelahan dengan surau.

Aku tanya pada salah seorang

"Seronok tak belajar kat 1 IS?"

Jawab dia

"Tak. Nak ustaz"

Hahah.

Aku jarang marah dalam kelas. Mereka masih kecil. Masih tak tahu apa.

Ketika ada yang menangis sekiranya dibuli atau diejek, aku berlutut, dan peluk mereka, dan menenangkannya.

Aku rindu.

Rindu.

Entah bila lagi aku akan mengajar mereka.

Moga mereka membesar, dan jadi insan yang bermanfaat kepada Ummah dan agama.

Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...

Ringkasan Kuliah Subuh 1 Ogos 2026 (Ustaz Misron) : Tafsir Al-Azhar (Surah Al-Ghasiyah dan Surah Al-Fajr)

Mukadimah Kuliah: Bersyukur dengan segala rezeki Allah dalam segala bentuk Jaga hati apabila menerima rezeki Allah Jangan merasa diri baik walau diberi rezeki Allah Tafsir Al-Azhar: Surah Al-Ghashiyah Ulangkaji Kuliah Lepas Tugas Rasulullah: Menyampaikan Bukan Tugas Rasulullah: Menjadikan orang beriman Kuliah Minggu ini: Ayat 25: إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ Maksud: Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka Pengajaran: Minta dan berusaha membetulkan Aqidah sebelum dikembalikan. Berusaha mendapat redha Allah Imarahkan bumi sebaiknya sebelum mati. Tidur = Mati. Bangun = Diberi peluang. Syukur Semua akan mati, kemudian akan dibangkitkan Ayat 26: ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم Maksud: Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka Pengajaran: Hitung tak sama dengan timbang. Adilnya Allah = Allah bukan hanya hitung, tetapi timbang juga amalan. Jaga hati, kerana ini akan ditimbang. Jika rasa diri lebih baik, itu tidak baik. Penyampai tidak salah ...