Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Kenapa rindu?

Muassis:
[Apabila Zaman Jahiliah Datang Lagi...]

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَنْ نَصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ مِنْ بَقْلِهَا وَقِثَّائِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَىٰ بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ ۚ اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُمْ مَا سَأَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak bisa sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya".

Musa berkata: "Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota(misran) , pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta".

Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

2:61

Ayat Quran yang penuh pengajaran di atas menceritakan bagaimana Bani Israel merungut kepada Nabi Allah Musa as, atas makanan yang sedikit, sebaliknya mengharapkan supaya Allah mendatangkan makanan-makanan yang dahulu pernah mereka rasa di bumi Firaun.

Al-Quran menempelak permintaan mereka ini.

Setelah berpindah lari dari Firaun, kehidupan baharu mereka tanpa makanan yang dahulu mereka rasakan di  kota Mesir seperti, timun, kacang das, bawang dll membuatkan mereka rindukan makanan makanan dahulu.

Yang mereka rindukan sebenarnya bukan pada makanan semata-mata, tetapi kehidupan waktu silam, jahiliah lama dan zaman gelap mereka.

Mari kita perhatikan apa jawapan Nabi Musa:

Musa berkata: "Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota(misran) , pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta".

Kerinduan mereka semua itu semuanya rendah dan hina, sedangkan Allah telah menggantikan kehidupan yang lebih baik, makann yang baik, hidup bebas dari penindasan dll.

Sebagai ejekan, Nabi Musa menyuruh mereka ke suatu kota untuk dapatkan keinginan mereka itu. Yang menariknya, perkataan kota ini dibawa sebagai misran dalam bahasa Arab, mendekati perkataan Misr yang bermaksud Mesir.

Sebenarnya boleh sahaja al-Quran bawakan perkataan kota dengan vocab maadinah, atau balad atau qurra, tetapi Allah memilih perkataan misran yang mirip Mesir.

Mesir merupakan bumi yang menyaksikan mereka ditindas, kehidupan jahiliah, dijadikan hamba yang rendah dan hina.

Ejekan ini seolah-olah menyuruh mereka,

"Kalau nak sangat, balik la ke Mesir tu, kembalilah ke zaman gelap mu dulu... "

Tajam.

Begitulah kadangkala perasaan yang datang kepada kita setelah ditarbiah.

Banyak urusan hidup kita telah Allah perbaiki dan gantikan dengan perkara yang lebih baik.

Hobi yang lebih baik. Kawan kawan yang lebih baik. Suasana yang lebih baik. Pakaian yang lebih baik. Tutur kata yang lebih baik. Akhlak yang lebih baik dan banyak aspek lain.

Cuma, ada waktu syaitan membisikkan ke dada kita, menampakkan zaman silam yang manis. Membuatkan kita teringin kembali sekejap, merasai semula.

Seakan bosan dengan tarbiyah. Rasa bosan dengan pertemuan dengan ikhwah. Rasa kering dengan Quran. Rasa kosong dengan halaqah.

Rasa kehidupan dulu lebih baik.

Inilah situasi yang telah dialami oleh Bani Israel.

Maka jawapannya apa?

Sama, satu tempelak untuk kita.

***

Musa berkata: "Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?

Semoga Allah terus menerus mencampakkan ke dalam hati kita kemanisan tarbiyah, seronoknya bergaul dengan orang saleh dan ghirah dengan dakwah serta benci kepada kelalaian, maksiat dan dosa.

* Dari Telegram Muassis.

MasyaAllah, penerangannya benar sekali.

Peringatan buat diri yang kadang kala merindui zaman silam yang salah.

Mari kita terus berubah!

Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

I'rab, Apa Khabar?

Alhamdulillah, Allah, Tuhan Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mengetahui telah mengizinkan hambaNya yang fakir ini untuk kembali mengulangkaji bahasa Arab dengan aktiviti I'rab terhadap sebahagian ayat awal satu karangan yang telah hamba yang fakir ini diizinkan untuk hafal pada 29 Muharram 1448H yang lepas. Ayat yang telah di-i'rab hari ini ialah: في العطلة المدرسية الماضية Dari empat perkataan ini sahaja, Allah izinkan insan yang dahulunya tidak disebut ini (Ruj: Surah al-Insaan ayat 1), untuk kembali memahami, mudah-mudahan, seperti berikut: - Huruf Jar - Ism Majrur - Naat Hakiki dan Naat Sababi - Mafa'il - Asmaul Khomsah Melihat sinar faham sudah kembali menjengah qalbu, timbullah perasaanku yang amatlah seronok disulam rasa syukur pada-Nya Yang Maha Membuka. Perasaannya ibarat kembali bertemu dengan sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka. Dan alhamdulillah, hari ini, dengan bantuan ChatGPT, berusahalah sang fakir ini mendalami hal-hal yang disebut itu. Segala Puj...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...