Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

I'rab, Apa Khabar?

Alhamdulillah, Allah, Tuhan Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mengetahui telah mengizinkan hambaNya yang fakir ini untuk kembali mengulangkaji bahasa Arab dengan aktiviti I'rab terhadap sebahagian ayat awal satu karangan yang telah hamba yang fakir ini diizinkan untuk hafal pada 29 Muharram 1448H yang lepas. Ayat yang telah di-i'rab hari ini ialah:

في العطلة المدرسية الماضية

Dari empat perkataan ini sahaja, Allah izinkan insan yang dahulunya tidak disebut ini (Ruj: Surah al-Insaan ayat 1), untuk kembali memahami, mudah-mudahan, seperti berikut:

- Huruf Jar
- Ism Majrur
- Naat Hakiki dan Naat Sababi
- Mafa'il
- Asmaul Khomsah

Melihat sinar faham sudah kembali menjengah qalbu, timbullah perasaanku yang amatlah seronok disulam rasa syukur pada-Nya Yang Maha Membuka. Perasaannya ibarat kembali bertemu dengan sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka. Dan alhamdulillah, hari ini, dengan bantuan ChatGPT, berusahalah sang fakir ini mendalami hal-hal yang disebut itu.

Segala Puji Bagi Allah, setelah itu menulislah akan sang fakir ini dengan kefahaman, ibrah dan perasaan yang timbul akibat perbuatan pagi tadi.

Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba yang fakir ini sifat istiqamah dalam mengulangkaji, memahami, dan akhirnya mendalami, bahasa yang telah Engkau pilih sebagai bahasa namaku, bahasa kitab agamaku, bahasa solat dan seluruh ibadahku kepada-Mu.

اللَّهُمَّ صُنْ وُجُوهَنَا بِالْيَسَارِ، وَلَا تُوهِنَّا بِالِإقتارِ

"Ya Allah, peliharalah maruah kami dengan kelapangan (rezeki), dan janganlah Engkau hinakan kami dengan kesempitan hidup (kemiskinan dan kepayahan rezeki)."

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak bergantung kepada selainMu"

Amiin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih.

Al-Faqir ila Allah
Abdullah wa Abd Al-Hakim wa Abd Al-Alim wa Abd Al-Fattah
Muhammad Zairulfikri bin Zailani






Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...