Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Masih

8 Mei 2017
4.55 pagi

Hari ini aku tak tidur. Sibuk mengaudit kewangan aku lepas Isyak tadi, kemudian sambung kemas bilik aku untuk kesekian kalinya. Keasyikan mengemas bilik, sorting out all the rubbish and differentiating the important ones and the non important ones makes me feel quite energetic, and sometimes feeling melancholy inside. Eh tercakap bahasa Inggeris pulak.

Selama aku kemas bilik ni, aku perasan, aku ada masalah, dan masalah ni semenjak aku kecik lagi.

Nak tahu masalah aku apa? Masalahnya, aku suka simpan sampah sarap, yang bagi aku bukan sampah sarap. Kemaslah macam mana bilik pun, kalau ada sampah-sampah yang aku rasa "eh tak payahlah buang, boleh guna kot nanti",  aku akan simpan dan simpan dan simpan, akhirnya ia makin berlambak dalam laci-laci. Haihhh

Entah kenapa kepala dan cara pemikiran aku ni untuk bab ini asyik berpendapat bahawa sampah-sampah ni aku boleh recylce SATU HARI nanti yang entah bila satu hari tu. Contoh sampah sarapnya macam plastik-plastik poslaju yang aku dapat kalau aku beli barang atas talian. Haiya, itu pun aku nak simpan. Haih. Kertas soalan SPM 2014 pun aku simpan lagi, Kononnya nanti boleh aku tunjuk kat anak aku kertas-kertas SPM aku. Hmm. Aku agak kan, anak aku nanti takdak masa nak layan ayah dia bab-bab kertas soalan ni. HAHAH.

Jadi hari ni aku CUBA nak buang semua sampah-sampah ni dan CUBA menghentikan pemikiran yang aku boleh kitar semula barang-barang ni. Sebab cara pemikiran boleh kitar semula inilah yang menyebabkan laci-laci aku dah tak boleh isi barang yang lebih penting ke dalamnya.

Ya Allah sucikanlah jiwa dalamanku sebagaimana aku sedang menyuci dalaman almari dan laci bilik-bilikku.










Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

I'rab, Apa Khabar?

Alhamdulillah, Allah, Tuhan Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mengetahui telah mengizinkan hambaNya yang fakir ini untuk kembali mengulangkaji bahasa Arab dengan aktiviti I'rab terhadap sebahagian ayat awal satu karangan yang telah hamba yang fakir ini diizinkan untuk hafal pada 29 Muharram 1448H yang lepas. Ayat yang telah di-i'rab hari ini ialah: في العطلة المدرسية الماضية Dari empat perkataan ini sahaja, Allah izinkan insan yang dahulunya tidak disebut ini (Ruj: Surah al-Insaan ayat 1), untuk kembali memahami, mudah-mudahan, seperti berikut: - Huruf Jar - Ism Majrur - Naat Hakiki dan Naat Sababi - Mafa'il - Asmaul Khomsah Melihat sinar faham sudah kembali menjengah qalbu, timbullah perasaanku yang amatlah seronok disulam rasa syukur pada-Nya Yang Maha Membuka. Perasaannya ibarat kembali bertemu dengan sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka. Dan alhamdulillah, hari ini, dengan bantuan ChatGPT, berusahalah sang fakir ini mendalami hal-hal yang disebut itu. Segala Puj...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...