Skip to main content
Zang Sefikra · Wilayah Catatan Zairulfikri Raya

Ringkasan Kuliah Subuh 1 Ogos 2026 (Ustaz Misron) : Tafsir Al-Azhar (Surah Al-Ghasiyah dan Surah Al-Fajr)

Mukadimah Kuliah:

  • Bersyukur dengan segala rezeki Allah dalam segala bentuk
  • Jaga hati apabila menerima rezeki Allah
  • Jangan merasa diri baik walau diberi rezeki Allah

Tafsir Al-Azhar: Surah Al-Ghashiyah
  • Ulangkaji Kuliah Lepas
    • Tugas Rasulullah: Menyampaikan
    • Bukan Tugas Rasulullah: Menjadikan orang beriman
  • Kuliah Minggu ini:
    • Ayat 25: إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ
      • Maksud: Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka
      • Pengajaran: Minta dan berusaha membetulkan Aqidah sebelum dikembalikan.
      • Berusaha mendapat redha Allah
      • Imarahkan bumi sebaiknya sebelum mati.
      • Tidur = Mati. Bangun = Diberi peluang. Syukur
      • Semua akan mati, kemudian akan dibangkitkan
    • Ayat 26: ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم
      • Maksud: Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka
      • Pengajaran: Hitung tak sama dengan timbang.
      • Adilnya Allah = Allah bukan hanya hitung, tetapi timbang juga amalan.
      • Jaga hati, kerana ini akan ditimbang.
      • Jika rasa diri lebih baik, itu tidak baik.
      • Penyampai tidak salah jika penerima tidak mengikutnya.
Tafsir Al-Azhar: Surah al-Fajr
    • Ayat 1: وَٱلْفَجْرِ
      • Maksud: Demi waktu fajar
      • Allah menyuruh kita memerhatikan waktu fajar.
      • Waktu Fajar = Antara waktu yang pendek
      • Fajar = Cahaya Matahari membayang di sebelah Timur
      • Tujuan = Membesarkan Allah
      • Ambil peluang untuk beribadah dalam segala peluang, namun berpada-padalah dengan amanah.
      • Allah bagi modal = Waktu
      • Muslim kena merancang hidup. Serahkan hasil kepada Allah.
      • Tempat paling bagus beribadah = Masjid
      • Ambil inisiatif. Proaktif beribadah. Jadi insan bermanfaat.
      • Jangan biarkan hari berlalu percuma
      • Jangan ambil kesempatan dengan keringanan Syariat. Contoh: Solat Subuh selepas syuruk, sebab terlajak tidur. Kena zahir usaha esoknya.
    • Ayat 2: وَلَيَالٍ عَشْرٍۢ
      • Maksud: Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)
      • Riwayat Ibn Abbas (Sepupu Nabi) dan Mujahid : Sejak dari 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah = Hari-Hari Haji hingga Wukuf dan segala perjalanannya.
      • Pendapat ini dikuatkan hadis: مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ
      • Maksud: Tiada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini,” yakni sepuluh hari awal Zulhijjah
      • Tafsir Lain: 10 hari bulan Muharram, 10 hari terakhir bulan Ramadan., 5 malam di awal bulan dan 5 malam di akhir bulan

Didengar, dicatat sambil diringkas oleh:

Al-Faqir Ila Allah
Abdullah wa Abdul Aziz
Muhammad Zairulfikri bin Zailani



Comments

Popular posts from this blog

Kembali ke Bahasa Arab

Alhamdulillah, setelah sudah sekian lama tidak menjengah ke ruangan ini, Allah masih beri lagi peluang untuk menaiktaraf blog ini untuk kelihatan lebih moden dan kompak, bermatlamat untuk menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambaNya yang fakir ini. Benar, lama sungguh aku menyepikan diri. Bermula dari keputusan penutupan akaun Facebook, Instagram, X dan segala macam media sosial sehingga sunyinya status Whatsapp dari segala celoteh dan kongsi buat seberapa ketika. Sebenarnya, segala kesunyian maya ini ialah salah satu usaha kecil diri untuk memahami dan meraikan kehadiran seorang teman setia mulia hingga ke hujung nyawa, satu insan yang Allah anugerahkan, takdirkan, titipkan dan hadiahkan buat diri dan kehidupan yang fana ini. Bahkan, sebenarnya untuk kembali merenung ke dalam diri, dan menggali hakikat sebenar kehidupan, amal usaha, dan jalan usaha yang mahu ditempuh. Betapa Maha Baik dan Maha Pemurahnya Allah, setelah seberapa sejenak berubahny...

Nota Kuliah Subuh | Fiqh Muamalat: Akad Hibah

4 Safar 1448H | 19 Julai 2026 Masjid Al-Makmur Kampung Giching Penceramah: Ustaz Saiful Adlie Misnan Alhamdulillah, kuliah Subuh pada pagi ini meneruskan perbahasan mengenai akad hibah , khususnya berkaitan rukun, syarat dan sighah (ijab dan qabul) menurut fiqh, dengan penekanan kepada pandangan Mazhab Syafi'i. Pengenalan Hibah ialah pemberian harta secara sukarela tanpa sebarang balasan ('iwad). Hadiah merupakan salah satu bentuk hibah yang lazimnya diberikan sebagai tanda kasih sayang. Akad hibah tidak terlepas daripada rukun dan syarat. Sekiranya salah satu daripadanya tidak dipenuhi, akad menjadi tidak sah. Ringkasan Kuliah Sebelumnya 1. Pemberi dan penerima hibah Hibah mestilah melibatkan dua pihak: Pemberi hibah (al-Wahib) Penerima hibah (al-Mawhub Lahu) Syarat pemberi hibah: Pemberi hibah mestilah: pemilik sebenar harta tersebut; mempunyai keahlian (ahliyyah) untuk melakukan tasarruf terhadap hartanya. Hibah menyebabkan seseorang mengeluarkan hartanya tanpa memperoleh b...